


Sudah hampir setahun saya di Perhentian iaitu pada Julai 2008 bersama- sama dengan rakan Myvians Girls..seramai beberapa org..namun kenangan indah semasa di sana memang cukup menggembirakan dan sesekali membuatkan saya tersenyum..niat di hati ni rasa nak ambik cuti lama2 dan tinggal di sana..snorkeling sepanjang masa..memang mengasyikkan...betul2 lupa daratan..hehehe...baru2 ni ada seorang kwn saya dari Myvians tu mengunjurkan pendapat untuk buat trip rombongan ke Tioman pulak...mmg menarik sgt..kalau plan tu menjadi, saya lah yang paling gembira..tetapi kena budget2 juga sekarang ni...ada macam2 plan dalam kepala..hermm...pening2..

Dalam trip tu yg paling saya suka snorkeling...melihat keindahan lautan, ikan2 dan karangan yang merbahaya tapi amat cantik...mula2, memang tak pandai nak bernafas..asyik sedut air masin..tetapi tak lama kemudian dah pandai pun...cuma berenang je masih terkial2..tak pandai nak apungkan diri.
Terpaksa lah guna jaket pelampung. Yang kelakar, trip pemburuan penyu..punyalah jenuh kami mencari penyu di sekitar kawasan snorkeling tu..yg nampak hanya scuba divers di bawah kami..last2 bila dah naik bot, penyu tu muncul di permukaan air..saja je dia nak bagi kami geram..hahaha...sempat jugak lah kawan snap gambar si penyu pemalu tu.Lagi satu keseronokannya bila kita dibawa naik bot laju. Mula2 dari jeti tu memang terpekik terlolong kami semua bila bot bergerak laju dan terumbang ambing dipukul ombak..Tourist guides kami, abg mayee dan abg rahim memang sengaja melajukan bot dan menghempaskannya ke permukaan air..dengan niat nak bagi kami muntah..tapi kami kental..hehehe...selepas trip petang tu, bot yg laju tu kami tak rasa apa
dah...lagi macam nak tidur je dibuatnya..Bengang sungguh mereka tak dapat nak menyakat kami dah.
Makanan di sana memang agak mahal...terpaksa lah kami budget2 duit...dah la penginapan pun di chalet budget...smpat lah juga beli souvenirs utk dibawa pulang. Balik dari sana memang legam sorang2..tapi keseronokan mengatasi segalanya...nak lagi, lagi dan lagi..
Au Revoir Perhentian












2 comments:
tula tak ajak pong!!!
guano nak ajok..gegurls je gi...hoho
Post a Comment