
kite kacau datin..
Kakitangan Yg bertungkus lumus menjayakan program
Kakitangan Yg bertungkus lumus menjayakan program
dengan kak mariana
dengan miss bossUpacara perasmian telah dibuat oleh Dato' KSU pada 30 April 2009. Semua yg hadir diberi baju T merah..(mcm gelombang merah di Thailand pulak). Temanya adalah "Sisih,susun, sapu, seragam dan selalu amal".Excited juga nak involve..maklumlah, acara besar- besaran MINDEF. Kami ada menyertai pertandingan mencipta logo (tapi yg hantar penyertaan si mizi je..) namun nasib tak menyebelahi kami nak dapat RM500 tu..Bhgn teknologi maklumat yg menang..(tak adil sungguh ;p) Setelah perasmian dibuat, kami kembali ke pejabat masing2 utk mengemaskan pejabat..saya, dila dan mizi hanya mengemas pejabat masing2 (yg mcm reban ayam tu..) tapi sempat juga menyibukkan diri mengambil gambar dengan kakitangan pejabat yg lain sambil mereka membuat kerja..
Pada 12 Mei (kelmarin) pula kami membuat lawatan ke Depoh Simpanan Pertahanan di Sg Buloh..Muka2 kami semua excited lah..terutamanya saya dan dila..lama tak naik bas la kiranye..hehehe...penghawa dingin bas pulak buat hal..yg keluar angin je..malang sungguh perjalanan kami..Sampai di depoh, memang agak kagum dgn aturan tempat tu..siap berbunga2 dan bertampal2 failnya (serupa mcm tadika lah pulak- Fail kami terlalu byk dan besar, tak boleh nak buat mcmtu..terpaksa lah fikir alternatif lain) Setelah buat lawatan, masa utk pulang..malang kali kedua bagi kami bila penghawa dingin tak berfungsi langsung...Haru biru dan peluh meleleh lah di baju ahli rombongan. Tapi apa2 pun, sempat kami layan perut yg berkeroncong ni mkn tghari di Istana Budaya...lega.....dapat aircond pulak tu... ;p











4 comments:
Barulah ku tahu keadaan opis isteriku;)
hihihi..tidakkk..kami tak bersalah ;p
yer..yer..sila terkejut...ahaks!
wahhhhhhh hebatttttttt
Post a Comment