CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, February 13, 2011

Berendoi anakku sayang



Tidurlah wahai puteraku sayang,
Ibu ayah akan dendangkan,
Lagu zikir buatmu intan,
Dengan doa moga diteguhkan iman..

Tanggal 30.1.2011, telah selamat Afeef menjalankan majlis berendoinya atau kata org kampung saya dengan bahasa ringkas, "naik boyan" :) Alhamdulillah...majlis berjalan lancar..saya hanya mengundang saudara mara,org2 kampung dan teman2 rapat yg berada di sekitar Perak. Jemputan pun hanyalah dalam 50-60 orang sahaja. Terima kasih kepada yang sudi hadir.Tema warna pada majlis itu ialah ungu. 

Saya pulang ke kampung pada 29.1.2011 dan terus mengerjakan buaian untuk dihias tanpa melengahkan masa. Semua hiasan dihasilkan sendiri. Tiada yang lebih memuaskan hati seorang ibu apabila melihat hasil kreativiti sendiri digunapakai untuk anak tersayang.Buaiannya telah lama tersedia. Bakul jenis rotan yang disponsor opahnya. Oleh sebab ada unsur2 pink pada lapik kain buaian tersebut, maka saya pun menggunakan minda kreatif (ye ke? ) ni utk mengubahnya dengan menjahit kain satin ungu dalam bakul tersebut. Bunga2an juga dihias serba serbi supaya nampak mcm dlm garden sikit..(maklumlah..hasrat ibu nak buat theme garden wedding tak dpt direalisasikan..huhu)

Goodies bags pula mengandungi pelbagai jenis kek dan wafer serta bunga telur yg juga berwarna ungu. Afeef dipakaikan dengan jubah yang dihadiahkan oleh tok abah dan neneknya. Sebelum dimasukkan ke dalam buaian, Afeef dah terlena di riba saya selepas menyusu. Bila tiba time berzanji, dimasukkan dia ke dalamnya, terus terjaga. Risau juga kalau2 dia bangun meniarap atau menangis..Alhamdulillah...dia hanya buat muka pelik "kenapalah org ramai nyanyi2 utk aku ni?"..Lama- kelamaan matanya kuyu dan asyik dihayun membuatkan dia tertidur seketika. Syukur kepada Allah apa yang dirancang menjadi.. :)

1 comment:

twinkle said...

weh... jom laaa join ni... utk suka2 je huhu klu xbz laaa

http://jari-twinkle.blogspot.com/2011/03/contest-gambar-muka-sedih-paling.html