CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 23, 2011

-Cerita ABC-

 Apa cerita ni? Tajuk yang tak menggambarkan penceritaan entri saya kali ini..Sebab tajuk di atas dipilih adalah kerana saya ni suka sangat mencampurkan pelbagai cerita dalam satu entri--sebab--saya tak rajin update blog maka sekali harung akan jadi bermacam2 cerita in one shot! pheww...

First thing, cerita pasal kereta kami masuk bengkel..(huhu)--sebab--accident di highway PLUS near to Bidor exit sewaktu dalam perjalanan ke Pantai remis nak menziarahi keluarga emak saudara suami saya yang kematian suami. Boleh si perempuan C tu bawak kereta dengan laju tanpa rasa bersalah walaupun time tu kami dah beratur di road block...Geramnya...kereta kami dihentam dari belakang tapi kemek di depan sebab tersondol kereta depan...Alhamdulillah kami sekeluarga selamat...nasib baik juga si Afeef yang lena tidur di dalam seatnya saya buckle kan elok2. Kereta di depan kami ok tapi kami terlupa nak tengok nombor platnya. Rupanya kan, walaupun kereta depan takde pape, kita kena ambik jugak nombornya..perlu masukkan dalam report..sebab ianya utk claim insurance nanti...ye lah...org belakang hentam tapi kete depan kemek..kalau kemek depan, mmg boleh claim org belakang tapi make sure kita ingat siapa dpn kita tu..haish...ni semua policy yang dibuat insurans..menyusahkan! Yelah, time tu kita panik kena langgar, panik jumpa polis road block lagi..mana laa nak ingat semua tu..Silly betol!

Memandangkan kereta dah masuk bengkel, saya dan hubby merempit je pergi dan balik kerja...best jugak naik motor ni kan..cepat je sampai..hehehe...boleh memperlekehkan kereta2 yg terpaksa menghadap jem tu..WooWoooTt..Oh ye..buat pertama kali si Afeef naik motor pada 16.3.2011 time kami ambil dia dari rumah babysitternya semalam...Dia buat muka pelik dan bising2 sebab ibu dan ayahnya himpit dia di tengah..hehehe..cute though!

Last Friday, 3 of us dah bangun subuh2 "sepie' " (sebutan--se-pee-ie') lagi sebab nak ambik cab ke LRT KLCC. Kami nak ke KL sentral naik ETS (electric train service) [tengok sini]ke Ipoh...seronoknya (wau weeeee!!) Ibu dan ayah yang excited lebih.. :) Kesian Afeef, subuh2 dah bangun dan ditukarkan baju, pampers semua..(tapi tak mandi sebab awal sangat...masheemmmmm... ;p) Dengan mata kuyunya dia digendong kanggaru oleh ayah..ibu pulak membawa beg berbondong2..

We boarded the LRT at KLCC..konon2 taklah ramai sangat orang dah kat situ...humph! ramai jugak...menciks..tapi at least tak la sampai berhimpit2 ketiak kan...once naik je si Afeef mcm dah tersenguk2..nak tido la tu..takpela nak oi..kau tido je lah..yg letih bapak kau mengendongnye...bukan ibu..hikhik..kejamnya! Naik LRT pepagi buta ni teringat pulak memori (aicehwah) lama bila time takde kereta dulu kan...gi kerja naik LRT..sampai terperosok kat dinding tu haa kena himpit kau!


Sampai je KL Sentral, sempat lah kami anak beranak took an early breakfast at McD..we bought family breakfast box yg 19.90RM tu..hambek...sampai terkulat- kulat cuba menghabiskannya..si Afeef, masih sedap enak dibuai mimpi di pangkuan ayahnya..Last2 dia terjaga jugak. Tengok we ols makan, muka macam kesian..sabor ye anak...tunggu umurmu cukup 6 bulan nanti ibu bagi kamu makan ye..

ETS tu berlepas exactly at 8.30.tak lewat sesaat pun..Yang paling best, kami dapat seat dalam coach yg depan sekali..seat pun depan sekali, so banyak ruang utk letak kaki dan segala "maknike" (kata gandaan org Peghok) barang. Dah la pulak tu menghadap LCD tv yang menayangkan Tom & Jerry...MARVELLOUS!! Ibu SUKAAAAA!!! (over ibu dari anaknya hokay!). Rupanya si ayah pun suka & layan jugak kartun ni ye...selalu kat rumah bermati-matian melarang saya menonton kartun..tak baik utk kesihatan katanya...apakah yang relevan?? hemmmm...Afeef pulak asyik nak tgk keluar tingkap je...sampai susah nak ditidurkan..agak jenuh jugak lah...kalau tidur pun sekejap2 je...sibuk melihat ke sini sana...anak ibu seronok ye? nanti ibu & ayah bawak naik ETS lagi ye...

                                                            ayah n ibu pon happy..hinss..hinss

                                                                 cartoon time

                                                                    short nap..


                                                                    muka puas hati

Sesungguhnya, ETS ni memang best lah..sampai dalam waktu seperti yang ditetapkan...pantas..lagipun, setiap seat ada disediakan plug utk kita guna wtever eletrical gadgets sambil tunggu sampai ke destinasi..sempat juga saya mengepam EBM utk tambah stok! :) memang best!

Apa2pun..saya nak kereta kami semula...Encik Workshop, bila kereta nak siap nih? sob*sob* HuwaaaAAaaaaa












2 comments:

Anonymous said...

comelnyer afeef!gambar last sekali tu paling aku suka!

eiffa akmal said...

hihi..tenks mama D