Kategori:Peraduan Dunia SuSu Ibu: Bersalin secara caesarean
Tarikh Lahir Anak: 11 Oktober 2010.
Pengalaman saya bersalin secara caesarean dan pada masa yang sama menyusukan anak saya sepenuhnya merupakan suatu detik yang paling indah dan tidak boleh dinilai dengan apa cara sekalipun. Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya peluang merasai nikmat dan rezeki menjadi seorang ibu kepada Afeef Rayees Mohd Zulfadli.
Saya telah disahkan hamil pada bulan kedua selepas melangsungkan pernikahan.Alhamdulillah, anugerah yang diberikanNya kami sambut dengan hati yang sangat gembira. Detik pertama mendengar degupan jantungnya sewaktu pemeriksaan ultrabunyi, membuatkan airmata saya menitis. Perasaan gembira, terharu, syukur dan pada masa yang sama agak gementar bila mengenangkan saat kelahirannya ke dunia kelak. Namun saya buang jauh- jauh perasaan yang negatif itu dan saya lalui hari- hari indah sebagai seorang bakal ibu dengan penuh keceriaan. Untuk makluman, saya sememangnya sejak dari zaman anak dara telah menyimpan niat untuk menyusukan anak saya dengan susu ibu sepenuhnya kerana saya tidak merasai nikmat tersebut memandangkan pada ketika saya dilahirkan, emak saya tidak mempunyai pengetahuan dan sokongan bagi menyusukan saya dengan susunya. Sejak dari itu saya memang bertekad untuk menyusukan anak saya sendiri kelak dengan susu ibu, cuma pada waktu itu saya tidak mempunyai apa- apa pengetahuan tentang penyusuan susu ibu.
Sepanjang tempoh kehamilan, saya sentiasa berdoa dan berfikiran positif supaya saya akan dapat meneruskan penyusuan secara ekskusif kelak. Di samping itu, saya turut menjadi seorang yang amat rajin menjelajah pelbagai laman di internet berkenaan penyusuan susu ibu dan mempelajari pelbagai teknik- teknik yang betul. Selain itu, saya turut bertanya kepada beberapa kawan yang boleh dikatakan sebagai ibu yang tegar menyusukan anak- anak mereka dengan susu ibu. Pernah terlintas keraguan pada diri sendiri memandangkan saya merupakan ibu yang berkerjaya. Namun setelah banyak bertanya kepada kawan- kawan yang berpengalaman, saya bertambah yakin dan semakin tidak sabar untuk memulakan perjalanan penyusuan saya sendiri. Cabaran tetap ada apabila saya diasak oleh cakap- cakap orang yang mengatakan bukan semua ibu boleh menghasilkan susu yang banyak dan ada juga yang memandang sepi semangat saya yang berkobar- kobar tetapi saya tetap berkeras dengan pilihan saya disebabkan saya telah kaji dan tahu sedikit sebanyak berkenaan khasiat susu ibu. Saya turut mencabar diri saya sendiri untuk cuba menyusukan bayi saya nanti sekurang- kurangnya sehingga 2 tahun. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan apabila ibarat satu beban yang menimpa saya apabila pada bulan akhir tempoh kehamilan saya dimaklumkan oleh doktor bahawa bayi saya songsang. Ya Allah! mampukah saya untuk meneruskan penyusuan ekslusif ini kelak apabila kelahiran ini mungkin akan melalui proses pembedahan memandangkan saya tidak berani mengambil risiko melahirkannya secara normal. Fikiran saya agak kabur namun berbekalkan semangat yang kuat, saya redha dan yakin saya mampu melaluinya.
Sewaktu saya mendaftar masuk sehari sebelum pembedahan dijalankan, kawan saya telah berpesan supaya saya mencatatkan sekeping nota yang menyatakan keinginan saya untuk 'rooming' bersama bayi dan penyusuan susu ibu sesudah bersalin di muka depan buku merah jambu ibu- ibu hamil klinik Kerajaan. Perlu mengambil langkah awal kerana tetap khuatir bayi saya kelak disuapkan dengan susu formula oleh jururawat walaupun slogan hospital Kerajaan adalah hospital rakan bayi. Terlihat nota saya itu membuatkan seorang doktor pakar sakit puan tersenyum sinis seolah-olah saya tak yakin dengan slogan hospital tersebut. Sebaik sahaja lahirnya putera saya dan suami pada tarikh 11.10.2010 tengahari di Hospital Ampang Kuala Lumpur dan sesudah saya ditolak keluar dari bilik pembedahan, saya terus memberikan titisan susu kolestrum pertama kepada si kecil dalam tempoh sejam sesudah bersalin. Walaupun ketika itu luka pembedahan terasa amat sakit, namun saya gagahkan jua menyusukan si kecil sambil berbaring dan dibantu oleh ibu mertua. Kawan saya turut sama datang memberikan sokongan dan menunjukkan saya cara lain menyusukan iaitu dengan cara melekap ke dada. Amat sesuai dengan keadaan saya yang sedang berbaring. Selain dari itu, nasihat darinya untuk melakukan teknik kulit ke kulit juga amat berguna dan sungguh menenangkan saya. Terima kasih kepada kawan yang prihatin tersebut. Agak terkilan juga apabila pihak hospital tidak memberikan apa- apa panduan atau sebarang demonstrasi berkenaan penyusuan. Semuanya dilakukan sendiri tanpa bantuan kerana di Hospital kerajaan suami atau keluarga tidak boleh menemani. Tengahari saya menjalani pembedahan tetapi saya gagahkan diri dan dapat bangun pada waktu petang. Semangat yang saya dapat apabila melihat si kecil Afeef. Tidaklah hanya berbaring dan menyusukan tetapi sudah boleh duduk di kerusi pula.
Selamat datang anakku
saat indah menyusukan Afeef di katil hospital
Sempat menyusu sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung untuk berpantang
Hari ketiga, saya dapat pulang ke rumah. Alhamdulillah..tapi pada hari tersebut susu mula keluar dengan banyak dan Afeef pula lena tidur. Jenuh dikejutkan dengan mencuit- cuit pipi dan menggeletek kakinya namun gagal. Akhirnya saya terpaksa mengepam akibat kesakitan yang teramat. Menangis dibuatnya..Adohai anak...cepatlah bangun menyusu...Rasa lega dan sakit pada masa yang sama apabila Afeef mula menyusu padawaktu itu namun dilawan kesakitan tersebut kerana lebih lega disusu secara langsung daripada mengepam.
Hari keempat selepas pembedahan, saya sudah mula memakai bengkung moden. Lebih selesa selepas memakainya dan mudah untuk saya bergerak terutamanya tunduk bangkit meribakan Afeef sewaktu penyusuan.
Hari keempat selepas pembedahan, saya sudah mula memakai bengkung moden. Lebih selesa selepas memakainya dan mudah untuk saya bergerak terutamanya tunduk bangkit meribakan Afeef sewaktu penyusuan.
Saya balik 3 minggu awal sebelum mula kerja kerana hendak mencari dan membeli peti sejuk 2 pintu demi memastikan stok susu kelak dapat disimpan untuk satu tempoh yang lebih lama berbanding peti sejuk 1 pintu yang sedia ada.Setelah masuk kerja, Afeef saya hantar di bawah jagaan pengasuh yang menyokong penyusuan susu ibu. Alhamdulillah kerana niat saya dan perjalanan penyusuan saya dipermudahkan. Dengan sedikit panduan diberikan kepadanya, perjalanan penyusuan sewaktu berkerja berjalan lancar. Di pejabat pula, saya akan sentiasa mengepam sekurang- kurangnya 3 kali sehari. Sekiranya saya perlu menghadiri mesyuarat, saya akan cuba keluar sebentar dari mesyuarat dan mengepam di tandas. Saya menjadi seorang ibu yang tegar menyusukan bayi dengan susu ibu. Saya menggunakan pam jenis medela swing yang saya beli sewaktu di bulan ketujuh kehamilan. Satu pelaburan yang saya pasti berbaloi.
Antara cabaran yang paling hebat yang pernah saya lalui dan ingin saya kongsikan sikit kepada bakal ibu yang mahu menyusukan anak secara ekslusif tetapi berkerjaya.Saya sudah alami sendiri dan akan lebih berhati-hati di masa depan. Pada bulan Februari 2011, saya menerima tugas saat akhir hadir ke mahkamah mewakili anakguam saya di Kuantan. Dengan kelam kabut saya mengajak suami turut serta mengambil cuti kecemasan (memandangkan pada masa itu stok susu saya tidak berapa cukup). Kami pun terus mendaftar masuk ke Shahzan Inn memandangkan saranan rakan sekerja mengatakan ianya berdekatan mahkamah yang hendak saya tujui.Rupanya bilik superior di situ tidak mempunyai peti ais. Memang pelik sebab hotel-hotel lain, bilik superiornya mesti ada peti ais. Setelah disoal selidik dengan kaunter, bilik yang ada peti ais hanyalah bilik keluarga yang berharga 300+rm..adohai…fikir punya fikir memandangkan saya amat memerlukannya untuk menyimpan EBM sebelum meninggalkan Afeef dengan suami, terpaksalah berkorban mengambil bilik yang mahal. Nasib baiklah kerani di situ memahami dan memberikan saya bilik saiz superior yang bercantum dengan bilik keluarga jadi tak perlulah saya bayar mahal sangat.Pengajarannya, sila semak dengan pihak hotel dulu sebelum menginap ye!
Afeef di Jusco sewaktu 3 bulan usianya
Tertidur selepas menyusu di dalam Electric Train System KL- Ipoh
Sempat mengepam dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke Kuantan
Pulang dari mahkamah terus mengepam
Usai sesi photoshoot di Tasik Perdana
Selain daripada itu antara cabaran lain yang saya alami ialah apabila diserang demam, susu saya berkurangan apabila diperah. Namun saya cuba berfikiran positif dan mengepam dengan lebih kerap dan akhirnya hasil bertambah baik dan pulih seperti sediakala. Setelah anak saya memiliki gigi sebanyak 5 batang, sekarang merupakan cabaran menyusukannya secara terus kerana ada kalanya dia akan mengigit. Cara untuk saya atasi masalah ini ialah bercakap dengan Afeef setiap kali sebelum memulakan penyusuan supaya tidak menggigit. Kadangkala dia patuh namun kadangkala apabila dia mula menggigit, saya rapatkan mukanya ke dada saya dan cepat- cepat dia melepaskannya.
Alhamdulillah..telah genap 9 bulan 2 hari penyusuan penuh susu ibu untuk Afeef. Menyusukan Afeef merupakan momen terindah yang saya lalui sebagai seorang ibu dan amat sedih jika terfikirkan yang suatu hari nanti Afeef akan bercerai susu. Saat perpisahan itu pasti tiba, namun yang pasti, saya perlu menikmati saat indah menyusukan ketika ini. Terima kasih kepada suami yang turut memberikan sokongan sepanjang penyusuan ini.
Sedap ni tau!
Sebahagian daripada stok susu Afeef
*
*
*
*
*
RESULT: CONSOLATION PRIZE- 6 stylo mama Bottles :) Thanks!
*
*
*
*
*
RESULT: CONSOLATION PRIZE- 6 stylo mama Bottles :) Thanks!










5 comments:
alhamdulillah, awak mendapat merasai pengalaman BF anak pertama lagi..akak doakan awak berjaya menyusukan hingga 2thn..akak berjaya BF 2nd hero n masih BF till now 2 thn 5 bln..
thank kak...insyAllah...akan terus berdoa dan berusaha selagi terdaya...congrats to you too...siap terlajak lagi..hihihi...great job kak!
aduhai..terlajak...kui3..akak lom nak tambah anak lagi..pas 2 both of us lom nak wean off..apa lagi enjoy ler..akak doakan eiffa sukses dlm BF nie..indah sangat..
jalan2 kat sini tersangkut pulak..salam pkenalan.
yaati- salam perkenalan..rajin blog walking ye.. :)
Post a Comment