April 11th, 2006 by eiffa
Assalamualaikum semua…lama sungguh aku tak update blog aku ni..bukan apa, masa amatlah pendek….kerja banyak yang nak dibuat…rushing sana sini…especially bila pergi court, lagila tak cukup masa…sampai ofis file dah bertimbun untuk disemak..tu belum masuk file2 lain lagi..arghhhhh….terkadang rasa macam nak berhenti kerja tapi nanti aku nak makan apa…hemmmpphh…sabar je la kan.
Oh ye…berbalik kepada tajuk asal, mesti korang tertanya2 kenapa tajuknya manusia dan anjing…apakah relevannya dengan topik yang aku nak cerita dalam blog ni…aku amat tertarik dengan satu kisah yang diceritakan oleh kawan aku waktu kami lepak2 di McD Bukit Bintang kelmarin…satu cerita yang membuatkan kita terfikir dan menginsafi diri bahawa adakah kita ni lebih mulia dari segala makhluk yang dicipta Tuhan di alam semesta ni. Memang lah tidak dapat disangkal, kita manusia dilahirkan dengan sifat dan akal yang sempurna berbanding makhluk2 lain yang telah diciptaNya. Tetapi manusia itu sendiri kekadang menjadikan dirinya itu hilang kemuliaan dari pelbagai cakupan kehidupan…
Kisah terjadi belasan tahun yang lepas…seorang kanak2 lelaki sedang menguis2 tanah di hadapan rumahnya..Sedang dia asyik bermain, tiba2 dia terjumpa seketul tulang di celah2 butiran tanah yang dikuisnya.Lantas dia mencampakkan tulang itu ke arah seekor anjing milik jirannya. Kasihan fikirnya…anjing itu kelaparan.Pada suatu hari, budak lelaki ini sedang menunggu bas sekolahnya di awal pagi. Sedang dia menunggu, tiba2 datang beberapa ekor anjing liar cuba mengganggunya. Budak itu ketakutan namun tak semena2 muncul seekor anjing menghalau anjing2 liar yang sedang menghampiri. Setelah diamati,rupa2nya anjing jirannya yang datang menolong menghalau anjing2 liar itu. Betapa terharunya budak itu kerana seketul tulang yang diberikan, anjing itu cuba membalas budinya yang tak seberapa.
Mari kita fikirkan sejenak, anjing yang haram untuk kita sentuhi itu pun tahu erti membalas budi dan mulia hatinya daripada kita manusia yang memiliki pelbagai jenis hati yang hitam, walhal kita mempunyai akal yang sempurna.Jadi, siapakah lebih mulia? Binatang atau manusia?? Hanya kita yang boleh menentukan arah hidup kita samaada untuk ke kanan atau ke kiri…Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










No comments:
Post a Comment