Wednesday, December 30, 2009
Sah!!!
Alhamdulillah...akhirnya status dah selamat bertukar kepada "Puan". Semua berjalan seperti seadanya..tidak berlebih2 dan tidak pula berkurang. Sempena tahun baru Islam ini, saya telahpun selamat dinikahkan dan sah menjadi isteri kepada Mohd Zulfadli Bin Saharuddin. Macam tak berapa percaya sekelip mata selepas ijab dan qabul, secara automatis tanggungjawab sebagai seorang isteri telah terpikul ke bahu saya. InsyAllah akan saya cuba sempurnakan tanggungjawap yang diberi. Hidup selepas bernikah sewaktu di rumah ibu dan ayah terasa agak meriah sebab masih dikelilingi saudara mara dan taulan. Tetapi setelah seminggu, kami pulang ke Kuala Lumpur untuk menyambung kehidupan. Ya..kehidupan berdua, baik kerja atau di rumah..masih serabut..baru bertatih lah katakan...(heheh). Rumah belum habis kemas (al-maklumlah barang- barang saya yang banyak--sorry B :p), makan minum suami nak dijaga. Alhamdulillah so far B saya ni banyak membantu membuat kerja2 rumah tanpa diminta...(sering memuji dia rajin!) Terima Kasih sayang keran hadir dalam hidup hunny...Sentiasalah kita berdoa agar rumahtangga yang kita bina ini berkekalan ke akhir hayat..Amin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)










2 comments:
WELKEM.. MALU I (BLUSHING) ;p
kekeke..keep up the great job yo! :P
Post a Comment