Semakin hampir dengan tempoh melahirkan, semakin saya menggelabah...Bertambah gelabah bila dimaklumkan oleh doktor di Hospital Ampang bahawa kedudukan little tot masih lagi breech...ni dah masuk minggu ke 37 plus...hai anakku...kenapa tak pusing ke bawah lagi kepalamu? Ibu makin seriyau dan khuatir..Doktor dah bagi tarikh untuk saya masuk wad pada 10 oct ni dan akan buat last check samada baby dah ubah position atau tidak..kalau tidak, memang saya terpaksa go for czer. Saya ada buat research sebelum tu pasal breech dan didapati ada method yg dipanggil external cephalic version (ECV) yg boleh memusingkan kedudukan bb kepada yang sepatutnya. Tapi disebabkan ini merupakan anak pertama, kemungkinan utk berjaya adalah kurang...Apa yang mampu dilakukan sekarang hanyalah doa dan tawakal semoga segalanya dipermudahkan bg saya dan bb...Semoga kami berdua selamat...
Saya diberi cuti perubatan (MC) selama 5 hari..jadinya saya hanya duduk terperuk di rumah...mula2 mmg terlalu memikirkan masalah tersebut namun selepas mendapat dorongan kwn2 dan saudara- mara, kekhuatiran itu beransur reda..Masa yang ada saya ambil untuk membuat beberapa carian di internet bagi menambah pengetahuan tentang pelbagai perkara berkaitan keibuan..suka saya kongsi di sini hasil bacaan saya yg saya jadikan ringkasan untuk panduan kita bersama...Sambil menghirup milo panas dan makan butterscotch Gardenia, hujan gerimis pula di luar...hemm..sememangnya mood untuk menulis datang... :)
Apa yg ingin saya share di sini ialah mengenai topik amalan berpantang mengikut petua orang tua- tua. Sejak saya dari zaman anak dara sehinggalah ke zaman bakal menjadi ibu ni, emak saya sntiasa membebel mengenai kebaikan berpantang dan kewajaran saya supaya mengikut pantang sebaiknya demi hari tua..."badan ni kita nak pakai lama insyAllah...kenalah jaga elok" begitulah ungkapan yg selalu mak saya bagi...mak saya ni mmg jenis keonservatif...orang tua lah katakan...tapi mak saya ni pulak jenis terlalu takut dan tak berani nak makan semua benda...jadinya saya agak confuse...macamana khasiat nak cukup kalau makan pun terhad pilihannya terutama bagi saya yg sememangnya dah pasang niat nak menyusukan anak saya sepenuhnya nanti. Jadinya, saya cuba meng'google' internet mencari jawapan yg lebih jelas..
Setelah meneliti dan membaca beberapa laman sesawang, saya dapat simpulkan amalan berpantang yg lazim digunapakai oleh org Melayu terdiri daripada beberapa perkara. Antaranya:
1. BERTUNGKU.
- boleh digunakan besi yg berbentuk botol (biasa dijual) ataupun batu sungai. Dipanaskan selama lebih kurang 1/2 ke 1 jam di atas api sederhana dan kemudian dibalut dengan daun mengkudu, daun sireh atau daun lengkuas. Setelah itu, dilapik pula dengan kain bagi mengurangkan rasa panas yg melampau. sengkakkan/ tolak ke atas dari arah ari2/ bawah pusat bagi mengelakkan rahim jatuh. Tungkukan juga atas perut(bawah payudara), tapak kaki dan tumit. Kebaikan bertungku ialah untuk membuang angin, hangatkan badan, kecutkan urat yg kembang dan lancarkan darah. Kalau rajin, boleh diteruskan amalan bertungku ni sampai habis pantang. Kalau tak, memadailah dalam2-3 minggu.
2. BERURUT.
- dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku oleh bidan atau tukang urut berpengalaman. Kalau yg bersalin normal, tidak ada masalah utk lakukannya beberapa hari terdekat selepas bersalin tetapi bg yg bersalin czer, mungkin kena tunggu dalam 5-7 hari selepas itu. Molek dibuat selama 3 hari berturut2 dan menggunakan minyak sebaik2nya minyak berherba yg berkhasiat seperti serai wangi, kayu putih dll. Boleh juga disambung semula berurut sewaktu di penghujung tempoh berpantang bagi menambahkan lagi kesegaran badan..Yelah..44 hari berpantang sambil menyusukan dan menjaga bb, nak juga pulihkan badan betul2sebelum berkerja semula kan? :)
Sebaik2nya dibuat sewaktu pagi dan dalam tempoh 1 jam lebih. Tujuan berurut ni utk pulihkan kesegaran badan, lancarkan darah, pulihkan kesegaran badan, buang angin, betulkan urat, kemaskan otot perut dan cepatkan pengeluaran darah nifas dan kotor di samping menaikkan rahim, memecahkan lemak dan mengetatkan serta membentuk tubuh.Urutan di payudara juga disokong oleh pakar perubatan kerana dapat membantu melancarkan susu ibu.
3. MANDI HERBA/ REMPAH RATUS
- difahamkan bahawa ibu yg berpantang tidak boleh terlalu kerap mandi. Mandi adalah lebih baik menggunakan air suam dan menggunakan air rebusan dedaun herba atau rempah ratus(bukan rempah ratus Baba's atau Adabi yeee.. :P) rebusan dedaun ni baikkerana khasiatnya dan molek diamalkan sepanjang tempoh 44 hari atau at least seminggu atau 2 minggu penuh dan biasanya boleh dimulakan pada hari ketiga selepas bersalin.
Antara daun yg lazim digunakan ialah daun kunyit terus, lengundi (mak saya selalu buat nasi lengundi berwarna purple..sedap tau!), daun secerek, pandan, lengkuas, serai wangi, pisang kelat, daun capa, daun inai, mengkudu dan rempah halba.
Contoh ramuan:
1/2 pelepah dan pisang kering atau segar
10 helai daun limau purut
6 btg daun serai dan serai
halia muda
7 helai pandan
2 helai daun kunyit hitam/ temu kunci
seketul lengkuas @ 3 helai daunnya
segenggam halba (dipunjut)
[semua bahan direbus]
Lebih elok sekiranya ramuan ini direbus dalam periuk tanah. Petua mandi ialah jirus ibu jari kaki kanan sehingga ke bahagian atas kaki kanan dan terus ke pinggang. Ulang yg sama ke bahagian kiri.Ini supaya urat tidak terkejut kena air. Kemudian barulah dijirus kaki dan bahu kanan, kaki dan bahu kiri serta ke seluruh badan. Daun rebusan boleh digunakan untuk gosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke kulit. amalan ini baik bagi mengeluarkan angin, kendurkan otot, haluskan kulit dan utk awet muda. Ada juga yg mengamalkan mandi lulur bagi menanggalkan daki dan sel kulit mati.
4. BERTANGAS
- supaya luka jahitan di bahagian sulit cepat sembuh, cepat kering dan ketat serta kecutkan rahim dan otot yg kembang.
Ramuan: 9 keping asam gelugur
2 camca besar garam jantan
3 helai daun sireh
segenggam inai
halia sebesar ibu jari
3 biji manjakani (baik utk sembuhkan luka)
ramuan direbus dan setelah mendidih, angkat dan tangas selama 20 minit. Bagus diamalkan 2-3 kali sehari selama 44 hari. Airnya setelah sejuk boleh dijadikan pembasuh bahagian sulit.
5.BENGKUNG
- elok dipakai param seluruh badan dan pilis di dahi bagi mengelakkan angin masuk dan pening2.
-sebelum pakai bengkung, sapukan perut dgn tapel (ubat barut yg ada dijual) yg dicampur dgn beberapa titik minyak kayu putih, minyak gandapura, kapur makan dan perahan limau nipis. Khasiatnya bagi kurangkan rasa sakit selepas bersalin, kembalikan kedudukan rahim,kempiskan perut dan pulihkan kulit perut. Bagi yg bersalin secara czer, adalah disarankan utk memakai bengkung jenis moden yg berpelekat velcro kerana bengkung jenis bertali tidak praktikal utk digunakan. Saudara saya menasihati bahawa dia memakai bengkung tersebut beberapa jam selepas bersalin kerana ianya dapat membantu mengampu perut yg dibedah.
6. MINUM JAMU / AKAR KAYU
-khasiatnya ialah membantu mengecutkan rahim, menyegarkan dan menyihatkan badan. Cara minum jamu atau akar kayu juga ada helahnya. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan pungggung tidak kembang. tangan kiri ampu payudara bagi menegangkannya. selawat 3 kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tak buncit. Minum senafas agar tidak rasa mual. Bidan galakkan makan kunyit atau jusnya utk kecutkan rahim, ketatkan alat sulit, melawas, hindar keputihan dan menyegarkan badan.
7. AMALAN PEMAKANAN BERKHASIAT
-pada minggu awal selepas bersalin, elok dimakan makanan yg kering bagi tujuan pengecutan rahim. Elak makanan yg pedas, berminyak, gatal, berlemak dan sejuk. Jangan minum air batu. Minum secara sederhana dan jgn terlalu banyak. Ambil secukupnya utk keperluan badan dan keperluan menyusu kerana khuatir urat dan peranakan akan kembang. Banyakkan penggunaan lada hitam, halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus dalam makanan. Banyakkan ulaman spt pegaga, kunyit, halia, cekur dan daun mengkudu. Jika anda hebat, buah mengkudu juga boleh dimakan dgn sedikit garam. telan terus tanpa mengunyah bagi mengelakkan rasa terbakar di mulut anda. Elakkan makanan berangin.
Contoh makanan berangin:
1. legumes- kekacang kering, soya, kcg panjang
2.susu dan hasil tenusu- susu, aiskrim, keju
3. sayur- kubis, lobak putih dan merah, bawang, bunga kubis, asparagus, timun, brokoli, terung
4. sayuran berubi
5. buah- prun, aprikot,epal, pisang. sukun, nangka
6. makanan berlemak- bergoreng etc
Namun begitu, ianya bergantung kepada daya ketahanan badan individu. Kita cuma boleh mencuba dan sekiranya ia memberi kesan kepada penyusuan badan, haruslah dikurangkan pengamalannya kerana yg utama ialah memberi susu badan kepada anak kita. :) wallahualam....










2 comments:
eiffa.. aku rasa kita tgk kat tempat yg sama nih.. sbb kat web tu je yg senang amalan berpantangnya kan.. :D
aku campur2 la beb... :)
Post a Comment