CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 24, 2010

Perjalanan menjadi seorang ibu

Alhamdulillah….praise to Allah…saya telah selamat melahirkan seorang putera secara pembedahan ceasarian pada 11.10.2010. Tarikh yang cukup bermakna buat saya dan suami kerana buat pertama kali kami melihat wajah “Lil’ Tot” setelah 38 minggu dia berada dalam perutku. Segala debaran dan tanda tanya hilang apabila melihat dia buat pertama kali. Saya telah melalui czer secara separuh bius bilamana saya dapat melihat wajah anak saya sewaktu dikeluarkan dari perut. Walau dalam keadaan mamai (tapi saya masih sedar dan bercakap banyak dengan doctor dan kakitangan di bilik bedah!) saya menitiskan air mata kegembiraan dan perasaan terharu yang tidak terungkap tatkala melihat anak saya yang ditunjuk oleh nurse…”It’s a boy!” jerit doctor bedah..dan Alhamdulillah…ultrasound yang dibuat selama ini memang tepat….Alhamdulillah juga ku panjatkan kerana anak terunaku sihat sempurna tanpa cacat cela…
Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya dan bagaimana saya telah terpaksa memilih cara ceasarian untuk kelahiran pertama ini. Pada mulanya, ketika bulan keenam,doctor telah mendapati lil’ tot berada dalam kedudukan oblique breech iaitu melintang..Namun masih ada harapan untuk dia berpusing ke kedudukan yang betul. Namun sehingga ke minggu ke 37, lil’ tot berpusing ke kedudukan menyongsang..Allahuakbar! Saya menerima berita itu dalam keadaan yang gelisah dan saya menangis di bahu suami kerana terlalu takut..implikasi yang saya nampak adalah CEASARIAN! Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu..Saya tidak putus asa dan berdoa supaya lil’ tot berpusing ke kedudukan yang betul. Doktor di Hospital Ampang telah memberikan tempoh seminggu dan tarikh czer adalah pada 11.10.2010. Saya masuk wad pada 10.10.2010, 8 pagi. Setelah itu pelbagai prosedur lazim utk ibu2 mengandung dijalankan terhadap saya. Scan ultrasound juga dibuat namun lil’ tot masih di kedudukan songsang..Aduh anakku…ibu sangat takut ketika itu. Doctor memberi pilihan samada ingin mencuba ECV (satu prosedur yang mana doctor yang pakar akan cuba memusingkan baby dari luar) namun setelah ditimbang dan dibincang dgn suami, saya tidak berani mengambil risiko sakit dua kali..sekiranya prosedur itu gagal, saya masih kena menjalani czer juga. Saya ada membuat pembacaan dan doctor juga mengesahkan bahawa kebarangkalian untuk ibu yang pertama kali mengandung sukses dalam prosedur tersebut adalah kurang kerana rahim masih lagi padat berbanding mereka yang telah  mengandung buat ke sekian kalinya. Saya meredhakan dan memujuk diri untuk terus berani menjalani czer. Doa tak habis2 dipanjatkan semoga semuana berjalan lancar.
Pada 11.10.2010, sepatutnya saya dibedah pada pagi itu kerana giliran saya adalah yang kedua. Namun sehingga ke pukul 11 barulah saya ditolak masuk ke bilik pembedahan (OT). Kegusaran yang bertandang sejak dari pagi semakin pudar. Bila ditolak masuk ke OT, barulah perasaan berdebar dtg semula.Sempat saya menelefon emak meminta maaf dan sempat mencium tangan suami mohon diampunkan segala dan dimudahkan semuanya. Air mata menitis secara automatik..mulut saya terkumat kamit membaca segala doa mohon diselamatkan . Setelah ditolak masuk, kakitangan di OT menyediakan saya untuk dibedah. Setelah dibius di pinggang, separuh badan saya tidak berasa apa lagi. Tapi saya masih boleh bersembang2 dgn doctor. Saya dapat merasakan bagaimana anak saya dikeluarkan dan turut merasa sewaktu perut dijahit. Setelah baby dikeluarkan tepat pada pukul 11.41 pagi dan dibersihkan,mereka menunjukakn anak itu kepada saya untuk dipastikan bahawa jantinanya betul dan selepas itu saya tidak tahu anak saya dibawa ke mana oleh mereka (rupanya dibawa kepada suami saya untuk diazankan). Usai saya dijahit, baru saya terasa kesan ubat bius apabila seluruh badan saya terasa sejuk dan menggeletar. Saya tidak dpat mengawal  anggota badan saya daripada menggeletar teruk. Sempat saya bertanyakan doctor bertugas adakah ianya normal. Rupanya apabila kesan ubat bius semakin kurang, memang badan kita akan menggeletar. Saya disorong keluar dari OT dan sempat tersengih kepada suami saya yang setia menunggu di luar. Setelah dimasukkan ke wad, kesan ubat semakin kurang dan bekas jahitan terasa semakin perit. Saya hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah untuk menghilangkan focus kepada rasa sakit tersebut. Dengan sokongan ibu mertua, saya cuba mengatasi rasa sakit tersebut.  Petang itu saya sudah boleh bangun dari katil dan berjalan perlahan2.  Saya kena kuatkan diri kerana saya mahu menyusukan anak dan menguruskannya. Di hospital kerajaan, semuany perlu dilakukansendiri. Tiada istilah manja2 dan suami juga tidak dibenarkan menemani Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan dan kesabaran menempuhnya.
Setelah masuk hari ketiga, saya dibenarkan pulang. Alhamdulillah, walaupun masih seriau kerana jahitan yang masih ngilu namun lega kerana rasa semakin pulih. Dugaan food poisoning sewaktu raya Aidilfitri sehingga dimasukkan ke wad dan false contraction of Braxton Hicks yang membuatkan saya hampir dimasukkan ke wad menjadikan liku- liku perjalan momen terakhir trimester saya menjadi lebih menarik. Afeef Rayees bin Mohd Zulfadli,  kaulah permata hati ayah dan ibu.Kami berdoa semoga kau menjadi anak soleh yang taat pada perintah Allah dan kedua ibu bapa… J

3 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

congratulations eiffa.. welcoming u into the motherhood world... :D

Ellysu Bahari said...

tahniah lep & exon~
dah jadi hot mama seyh..

Farrah MF said...

Mama Eiffa, lamanya aku tak jenguk blog ko. Alhamdulillah, ibu dan baby selamat + sihat. Selamat menempuh saar2 indah bersama si kecil. Jaga diri baik2 ye.