CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 20, 2009

Jalan- jalan Petang Ahad


Ahad datang lagi? alamak...malasnya saya..esok Isnin...hermm...tapi apa nak buat...sempat saya berjalan- jalan di Tasik Titiwangsa petang itu dengan si dia..bukannya nak guling-guling di taman ala- ala Bollywood, tetapi nak menghirup udara segar.Hajat di hati nak ber'jogging' tetapi terpaksa dilupakan kerana saya yang masih ber'dress' labuh sejak balik dari menghadiri kenduri di rumah Datin tengahari tadi. Apa yang amat menarik minat saya untuk terus terpaku di situ ialah permainan polo berkayak yang dimainkan oleh beberapa org pemain yang lagaknya adalah profesional. Tetapi bau hanyir air tasik membantutkan keterujaan saya sedikit..macamanalah mereka ni boleh tahan...siap membasuh muka lagi...halamak..tetapi memang seronok melihat mereka..sedikit gambar dan video diambil untuk tatapan..

No comments: