Model (ke bekas??) Kartika Sari Dewi Sukarno didapati bersalah dan mengakui kesalahan minum arak. Anda boleh lihat semula entri saya yang lepas sewaktu berita ini diketahui.Petikan Harian Metro: “Mahkamah tidak ragu lagi menjatuhkan hukuman ini selepas tertuduh sudah membuat pengakuan bersalah dan selepas meneliti hujah pendakwaan selain berdasarkan dalil bagi hukuman berkenaan, maka sebatan wajar dikenakan mengikut enakmen ini.
“Malah, hukuman sebat ke atas tertuduh bertujuan untuk memberi keinsafan dan pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengulangi perbuatan itu,” kata Hakim Datuk Abdul Rahman
Apa nak jadi, entahlah...tetapi hairan juga ye? Macamana Melayu- melayu Islam yang berpeleseran di Jalan P. Ramlee, Jalan Doraisamy dan sebagainya (sekadar menyebut beberapa tempat) tak pula kena tuduh atau hukum ye? Sedangkan semua tu tempat maksiat(pelbagai jenis cara) yang maha gah. Hemm..entahlah..
Kredit kepada: Oh Bulan dan Harian Metro










4 comments:
oikk.. ko pun blogger jgak?
hehe
yun ok, baby pun ok.
ko katne skrg?
hehehe...aku ok..kat mindef lagi
Aktiviti pelacuran pun berleluasa jugak di banyak tempat di negara kita... Lagi dasyat akibatnya sebab boleh merebakkan HIV & AIDS.. Penagih dadah pun banyak berlambak-lambak di sana sini... Pelik! Diorang tak pula kena rotan!.. Alahai Nasib!
Post a Comment